Grafik Berkomputer (MPV): Apakah yang dimaksudkan dengan grafik?

Friday, September 12, 2008

Apakah yang dimaksudkan dengan grafik?

Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

Soalan yang sering kali ditanya kepada pelajar-pelajar. Jawapannya mudah sahaja iaitu:


  1. bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar
  2. gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

No comments: