Grafik Berkomputer (MPV): Peranan dan Sumbangan Grafik Dalam Kehidupan

Thursday, October 9, 2008

Peranan dan Sumbangan Grafik Dalam Kehidupan

Peranan & sumbangan Grafik begitu besar dalam kehidupan seharian kita. Jika anda ke kedai contohnya, anda akan terlihat papan tanda yang terdapat di kedai tersebut, ianya sudah tentu di reka berasaskan grafik. Kemudian anda membeli pula makanan dalam tin, berkotak dan sebagainya, cuba perhatikan pembungkusannya, ya, pembungkusan tersebut juga adalah berasaskan rekaan grafik. Menarik bukan? Jika tiada rekaan grafik, maka hidup anda tidak bermakna dan membosankan. Di bawah adalah sebahagian senarai sumbangan grafik terhadap kehidupan.



  • Lebih menarik – dapat meransang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek.
  • Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti ‘Mudah Terbakar’ , ‘Merbahaya’, ‘Jimatkan Air’ dan lain-lain.
  • Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.
  • Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.
  • Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.
  • Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

No comments: